BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | 

KWAP Lantik Nazaiful Affendi Sebagai Ketua Pegawai Strategi Dan Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melantik Nazaiful Affendi Zainal Abidin sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan berkuat kuasa 1 Nov 2024.

KWAP dalam kenyataan berkata Nazaiful memiliki pelbagai kepakaran untuk pasukan eksekutif dengan pengalaman selama lebih 25 tahun dalam strategi pelaburan dan penyelidikan melibatkan pelbagai pasaran dan kelas aset.

“Berdasarkan kepakaran luas beliau dalam industri dan pemahaman yang mendalam mengenai dinamik pasaran, Nazaiful akan meneraju strategi korporat, kemampanan dan inisiatif perkhidmatan KWAP,” katanya. 

Menurut KWAP, Nazaiful akan memfokuskan untuk memajukan visi jangka masa panjang organisasi dan meningkatkan penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam perusahaan.

Kepimpinan beliau dijangka memperkuat kedudukan KWAP sebagai dana pencen kekayaan negara bertaraf dunia dan menyokong keutamaan agenda negara terutama dalam memberikan maklum balas terhadap keadaan pasaran yang berkembang dan penekanan kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang semakin meningkat, katanya.

-- BERNAMA