BERITA TERKINI   CBH Engineering raih kontrak mereka dan membina sistem bekalan elektrik untuk pencawang pengguna cadangan pusat data di Selangor, bernilai RM171.99 juta | Sistem Alamat Nasional mampu jana limpahan ekonomi RM2 billion, wujud lebih 2,000 pekerjaan dalam lima tahun - Fahmi Fadzil | Bangkai helikopter milik PDRM yang yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah Khamis lepas, berjaya dinaikkan sekitar jam 11 pagi ini. | iCents mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 29 sen, premium lima sen daripada harga IPO 24 sen, dengan 13.59 juta saham bertukar tangan | 

Kemudahan Pelancaran Ke Angkasa Lepas Di Sabah Lonjak Malaysia Peneraju Teknologi

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Tapak pelancaran ke angkasa lepas dijangkakan di Sabah akan meletakkan Malaysia sebagai negara peneraju ASEAN di rantau ini dari segi kemajuan teknologi, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.

Beliau berkata projek berkenaan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik rakyat di seluruh dunia, mendorong pertumbuhan industri penerbangan dan aeroangkasa Malaysia.

"Oleh itu, setiap projek berteknologi tinggi bukan sahaja mencipta peluang pekerjaan malah membawa teknologi. Ini mengekalkan jurutera terlatih yang tinggi di dalam negara.

"Sekiranya terdapat tapak pelancaran ke angkasa lepas di sini (di Malaysia), rakyat dari seluruh dunia akan datang dan menyertai projek ini dan (ini akan) meletakkan Malaysia dalam kedudukan (untuk menjadi) peneraju teknologi ASEAN," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kerajaan Sabah memeterai perjanjian dengan syarikat Ukraine dan firma tempatan pada tahun lepas untuk mengkaji kebolehlaksanaan kemudahan pelancaran angkasa lepas di negeri itu.

Bagaimanapun, Kachka tidak memaklumkan kos pelaburan projek berkenaan.

Mengenai kemajuan kajian kebolehlaksanaan, katanya terdapat pertimbangan berbeza yang perlu diselesaikan seperti daya maju ekonomi, isu alam sekitar dan manfaat jangka panjang.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Sabah komited untuk mendorong projek angkasa lepas ini.

"Kedua, kerajaan dan syarikat perlu mempunyai sumber yang cukup, kepakaran dan tenaga kerja terlatih," katanya.

-- BERNAMA