BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

Unit Parkson Peroleh Dua Perjanjian Pajakan Penting Di China

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Parkson Holdings Bhd, Parkson Retail Group Ltd (PRGL) telah memperoleh dua perjanjian pajakan penting di Shanghai dan Nanning, China dengan jumlah nilai gabungan kira-kira RM358.8 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata anak syarikat tidak langsung PRGL, Shanghai Nine Sea Parkson Plaza Co. Ltd mendapat penyewaan selama 15 tahun untuk hartanah di Huaihai Middle Road di Shanghai.

Pajakan itu dipersetujui dengan Shanghai Nine Sea Industry Co. Ltd akan bermula pada 30 November, 2024 hingga 29 November, 2039 dengan nilai RM185.3 juta.

Di Nanning pula, unit PRGL, Nanning Brilliant Parkson Commercial Co Ltd telah memperbaharui perjanjian penyewaannya dengan Nanning Holding Company Ltd.

Pajakan 17 tahun ini akan bermula pada 1 Januari, 2025 dan berakhir pada 27 November, 2042, bernilai kira-kira RM173.5 juta, katanya.

Menurut pemfailan itu, perjanjian tersebut tidak akan memberi kesan material terhadap pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 dan aset bersih kumpulan berdasarkan penyata kedudukan kewangan disatukan syarikat yang diaudit pada 31 Disember, 2023.

-- BERNAMA