BERITA TERKINI   AEMM: Malaysia bantah tindakan pihak gunakan perdagangan sebagai senjata menekan negara tertentu terutama negara kecil - Mohamad | AEMM: ASEAN, EU gesa pihak terlibat konflik global segera kembali ke meja rundingan bagi tamatkan peperangan - Mohamad | Nestle (M) Bhd catat untung bersih lebih tinggi sebanyak RM205.1 juta pada suku pertama 2026 | Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak jejas hubungan, pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan - Fahmi | Syarikat teknologi asing wajib sediakan latihan kepada bakat tempatan - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, Nov 6 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kontrak bulan semerta November 2024 dan Disember 2024 menokok 11.50 mata masing-masing kepada 1,636.5 dan 1,640.5.

Sementara, kontrak Mac 2025 meningkat 11.0 mata kepada 1,629.0 dan Jun 2025 menambah 10.5 mata kepada 1,637.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 5,810 lot daripada 6,140 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 38,865 kontrak daripada 39,594 kontrak sebelumnya.

Pada jam 5 petang, FBM KLCI meningkat 13.47 mata kepada 1,634.17 berbanding 1,620.70 pada Selasa.

 -- BERNAMA