BERITA TERKINI   Kes tikam 61 kali : Punca kematian penuntut kolej19 tahun akibat tikaman berganda di bahagian dada - Ketua Polis Kelantan | Kes tikam 61 kali: Empat individu ditahan bantu siasatan di Ketereh malam tadi - Ketua Polis Kelantan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.19 pagi, kontrak November 2024 naik 7.0 mata kepada 1,628.0, Disember 2024 meningkat 8.0 mata kepada 1,633.0, Mac 2025 menambah 6.5 mata kepada 1,620.5 dan Jun 2025 menokok 9.5 mata kepada 1,629.0

Jumlah dagangan sebanyak 813 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,397 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI naik 1.24 mata kepada 1,624.52 selepas 39 minit dagangan.

-- BERNAMA