BERITA TERKINI   Mesyuarat khas bagi memastikan gencatan senjata di sempadan Kemboja-Thailand bermula di Putrajaya | Pemangku PM Thailand Phumtham Wechayachai tiba di Malaysia untuk pertemuan khas bincang pertikaian sempadan dengan Kemboja - NBT | Bantuan Musim Tengkujuh diteruskan tahun ini - TPM Ahmad Zahid | Peserta Program Tuisyen Rakyat RISDA yang cemerlang SPM 2024 dapat insentif khas RM300 - Ahmad Zahid | Bank Negara semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2025 kepada 4-4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5-5.5 peratus | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini.

Kontrak bulan semerta November 2024 dan Disember 2024 melonjak 0.5 mata masing-masing kepada 1,621.5 dan 1,625.5, Mac 2025 menyusut 1.0 mata kepada 1,613.0 dan Jun 2025 meningkat 1.5 mata kepada 1,621.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 3,893 lot daripada 10,661 lot, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 36,492 kontrak daripada 43,832 sebelumnya.

Pada jam 5 petang, FBM KLCI turun 2.04 mata kepada 1,621.24 berbanding 1,623.28 mata pada Khamis. 

 -- BERNAMA