BERITA TERKINI   AXIS REIT sasar jumlah nilai pemerolehan RM300 juta tahun ini - CEO | Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka sederhana pada 4.6 peratus 2025, disokong projek infrastruktur, pelaksanaan pelaburan swasta dan penggunaan swasta yang teguh - Ketua Ahli Ekonomi AmBank | Ringgit dijangka diniagakan mendatar, dengan unjuran akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar AS - Ketua Ahli Ekonomi AmBank | BNM akan kekalkan pendirian akomodatif dan pastikan kadar OPR kekal stabil sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2025 - Ketua Ahli Ekonomi AmBank | Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku kedua 2025 tanpa menjejaskan Kepengerusian ASEAN-Malaysia - MAHB | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan kenaikan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Kontrak semerta November 2024 meningkat kepada US$2,692.70 setiap auns troy daripada  US$2,673.10 setiap auns troy pada Khamis dan Disember 2024 menokok kepada US$2,705.60 setiap auns troy daripada US$2,686 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 kekal tinggi pada US$2,705.60 setiap auns troy berbanding US$2,686 setiap auns troy pada khamis.

Jumlah dagangan menyusut kepada 15 lot daripada 33 lot, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 31 kontrak daripada 41 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 7 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,692 setiap auns troy.

-- BERNAMA