BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor 5-2 Terengganu | Liga Super: KL City 3-1 PDRM | Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | 

KPJ Healthcare Buka Pejabat Perwakilan Kelima Di Indonesia

JAKARTA, 13 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd membuka pejabat perwakilannya yang kelima di Indonesia terletak di Pekanbaru, Provinsi Riau pada Selasa, menurut Konsulat Malaysia Pekanbaru.

Penyedia penjagaan kesihatan itu sebelum ini telah beroperasi melalui pejabat perwakilan di Banda Aceh, Batam, Bengkalis dan Pontianak.

Konsul Mohammed Hosnie Shahiran Ismail berkata keputusan KPJ Healthcare untuk melebarkan sayapnya di Pekanbaru merupakan satu keputusan tepat dan strategik.

“Indonesia merupakan pasaran yang utama dan penting bagi Malaysia dalam sektor pelancongan kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kehadiran KPJ Healthcare di Pekanbaru disambut baik pemerintah Provinsi Riau kerana dapat meningkatkan kerjasama dalam bidang perkhidmatan kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran KPJ Healthcare Sherene Azli berkata masyarakat di Pekanbaru akan menikmati perkhidmatan termasuk urusan penyelarasan perundingan, mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan KPJ Healthcare serta penyelarasan logistik seperti pengangkutan dan penginapan sebelum ke Malaysia.

“Sehingga September 2024, KPJ Healthcare telah merawat lebih 60,000 pesakit warganegara Indonesia menerusi 29 buah Hospital KPJ Healthcare yang terdapat di setiap negeri di Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA