BERITA TERKINI   ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan | ASEAN gesa semua pihak urus situasi di Laut China Selatan secara berhemah, hati-hati - Mohamad Hasan | Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov tiba di Malaysia untuk mesyuarat ASEAN peringkat tinggi | 

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4450/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4450/4495 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat kepada 106.58 mata selepas laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, yang selaras dengan jangkaan.

Pada masa yang sama, katanya hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun turun sebanyak enam mata asas kepada 4.28 peratus berikutan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada Disember yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun, DXY naik, mencerminkan keutamaan peniaga dan pelabur terhadap dolar AS berbanding mata wang lain. Oleh itu, ringgit dijangka kekal rendah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama. 

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6610/6864 daripada 5.6678/6736 pada Rabu, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8642/8773 daripada 2.8692/8723 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.7058/7269 daripada 4.7241/7289 sebelum ini.

Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7424/8073 daripada 12.8235/8416 semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3170/3321 daripada 3.3244/3280.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.62 daripada 7.57/7.58 semalam dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 282.2/283.6 daripada 281.5/282.0 sebelum ini.

-- BERNAMA