BERITA TERKINI   Gabungan dewan perniagaan di negara ini diminta bekerja sebagai satu pasukan, tingkatkan kemajuan Malaysia - PM Anwar | Kerajaan pilih kadar caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini - PM Anwar  | Titah Agong: Kerajaan MADANI akan pastikan agihan hasil ekonomi dimanfaat untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat - PM Anwar | ACCCIM gesa kerajaan memperkenalkan skim kredit eksport dan mengurangkan duti import ke atas bahan mentah untuk membantu PKS menyesuaikan dengan dasar perdagangan baharu oleh ekonomi utama | Istiadat Pembukaan Parlimen: Titah Agong sarat dengan pesanan, perlu dihayati Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang - Fahmi | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan sentimen yang lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh jangkaan terhadap langkah-langkah rangsangan China yang seterusnya dan pemotongan kadar faedah tambahan di Amerika Syarikat (AS) ketika peniaga menunggu petunjuk lanjut mengenai dasar monetari AS.

“Bagaimanapun, kejatuhan selanjutnya dihadkan oleh ringgit (lebih rendah) berbanding dolar AS dan kebimbangan terhadap bekalan getah asli global yang terhad,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dilaporkan Bank Rakyat China dijangka membuat keputusan mengenai kadar utama pinjamannya minggu depan kerana Beijing mungkin akan mendedahkan lebih banyak langkah rangsangan di dua mesyuarat utama pada Disember.

Peniaga itu memetik Biro Statistik Buruh Jabatan Buruh AS yang mengumumkan indeks harga pengguna (IHP) meningkat 0.2 peratus pada Oktober untuk bulan keempat berturut-turut dan meningkat 2.6 peratus pada asas tahunan, memastikan Rizab Persekutuan AS berada di landasan yang betul bagi mengurangkan kadarnya pada mesyuarat seterusnya Disember.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 5.0 sen kepada 849.50 sen sekilogram, manakala harga susu getah pukal meningkat 3.0 sen kepada 673.00 sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 845.50 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 677.00 sen sekilogram.

-- BERNAMA