BERITA TERKINI   ACLE : JDT 1-0 VISSEL KOBE | Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Mufti Singapura | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.31 pagi, kontrak November 2024 menambah 2.5 mata kepada 1,601.0, Disember 2024 meningkat 5.0 mata kepada 1,607.5, Mac 2025 naik 3.0 mata kepada 1,594.0 dan Jun 2025 menokok 1.0 mata kepada 1,600.

Jumlah dagangan sebanyak 1,151 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,287 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI rendah 0.97 mata kepada 1,599.71 daripada 1,600.68 semasa ditutup semalam selepas 50 minit dagangan.

-- BERNAMA