BERITA TERKINI   Polis buka kertas siasatan susulan laporan palsu kemangkatan Sultan Kelantan - Ketua Polis Kelantan | Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tular - Fahmi | Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai dijangka dinaikkan esok atau lusa dengan bantuan TLDM dan APMM - Komander PGU  | Kemalangan helikopter: Lima mangsa termasuk dua di ICU Hospital Sultanah Aminah stabil - Komander PGU | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional melonjak kepada RM35.10 bilion daripada RM28.91 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dana Islam merosot kepada RM19.50 bilion daripada RM22.09 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Bank pusat itu turut menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM35.1 bilion daripada RM33.9 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.50 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus pada 15 Nov.

-- BERNAMA