BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turun 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (pindaan) 2024 dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU itu untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445).

Sebelum pindaan dicadangkan, setiap entiti Labuan dikehendaki untuk mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu akuan berkanun dan suatu penyata keuntungan dalam tempoh tiga bulan dari permulaan sesuatu tahun taksiran.

Dengan pindaan yang dicadangkan dan berikutan pengenalan sistem taksir sendiri, setiap entiti Labuan dikehendaki untuk mengemukakan penyata keuntungan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Pindaan yang dicadangkan seterusnya memperuntukkan penyata keuntungan hendaklah dikemukakan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik.

Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2025 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

 -- BERNAMA