BERITA TERKINI   KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | 

Niaga Hadapan MSM Susut Berikutan Permintaan Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh permintaan domestik yang dijangka perlahan, menurut sumber pasaran.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata, lazimnya permintaan adalah perlahan menjelang akhir tahun berikutan trend bermusim.

“Pengeluaran MSM yang meningkat di Indonesia turut menjejaskan harga di Malaysia.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,650 dan rintangan pada RM4,900," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta baharu Disember 2024 dan kontrak Disember masing-masing susut RM35 kepada RM4,891 dan RM4,828 satu tan.

Kontrak Februari 2025 menyusut RM43 kepada RM4,772 manakala kontrak Mac 2025 berkurangan RM51 kepada RM4,678 satu tan.

Sementara itu, kontrak April 2025 susut RM48 kepada RM4,581 dan kontrak Mei 2025 rendah RM43 kepada RM4,483.

Jumlah dagangan meningkat kepada 145,908 lot daripada 92,644 pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 244,234 kontrak daripada 244,155 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan susut sebanyak RM60 kepada RM5,000 satu tan.

-- BERNAMA