BERITA TERKINI   Pembangunan projek mega perlu angkat budaya, tamadun dan teknologi baharu untuk rakyat - PM Anwar | Seramai 478 pengamal media terima manfaat Tabung Kasih@HAWANA, jumlah sumbangan mencecah RM1.3 juta - Teo | Sebanyak 16,110 kes kandungan berita palsu diturunkan sehingga 1 Ogos lepas - Teo | Wartawan perlu terus berperanan bendung berita palsu yang semakin berleluasa - Teo | PRN Sabah: Tidak ada pertindihan kerusi di antara BN-PH - Ahmad Zahid | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan kenaikan semasa awal dagangan pada Jumaat.

Pada pukul 9.55 pagi, kontrak November 2024 meningkat 3.5 mata kepada 1,591.0, Disember 2024 naik 5.0 mata kepada 1,596.0, Mac 2025 menambah 3.0 mata kepada 1,583.5, manakala Jun 2025 menokok satu mata kepada 1,592.0.

Jumlah dagangan mencecah 1,532 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 34,302 kontrak.

Pada pukul 9.59 pagi, FBM KLCI yang menjadi penanda aras naik 1.17 mata kepada 1,589.85 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA