BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | PRN Johor: Bekas Menteri Kesihatan Adham Baba calon BN di kerusi DUN Pasir Raja - Onn Hafiz | PRN Johor: Bekas Menteri Kesihatan Adham Baba calon BN bagi kerusi DUN Pasir Raja - Onn Hafiz | PRN Johor: Pengerusi BN Johor Onn Hafiz sahkan pertahan kerusi DUN Machap | 

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia Naik Kepada US$118.0 Bilion Pada 15 Nov, 2024

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$118.0 bilion (US$1=RM4.46) pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding US$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (US$105.0 bilion), diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM591.921 bilion, terdiri daripada rizab emas dan pertukaran asing, termasuk SDR (RM484.65 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.58 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.89 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM59.98 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM591.21 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM173.75 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.72 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM133.87 bilion) deposit kerajaan persekutuan (RM10.36 bilion), deposit lain (RM64.29 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM4.09 bilion).

-- BERNAMA