BERITA TERKINI   PH kesal tindakan 14 ADUN UMNO / BN Negeri Sembilan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Biobahan Api ditubuhkan bagi menyelaraskan pelaksanaan agenda keselamatan tenaga negara - Akmal Nasrullah | Peranan GLC dan GLIC bukan sekadar pertahan pulangan pelaburan, malah bantu perkukuh daya tahan ekonomi - Akmal Nasrulllah | Kerajaan tumpu pada sektor elektrik, industri pembinaan, pasaran buruh dan penilaian ekonomi jangka sederhana dalam mesyuarat MTEN minggu ini - Akmal Nasrullah | Pasaran ekuiti tempatan berdaya tahan dengan meningkat 1.5 peratus pada Jumaat lepas, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara - Akmal Nasrullah | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional menaik kepada RM31.73 bilion daripada RM30.66 bilion pada sesi pagi, manakala mudah tunai dana Islam menurun kepada RM18.60 bilion daripada RM18.63 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula (SBBA) dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional RM31.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM18.60 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus pada 22 Nov.

-- BERNAMA