BERITA TERKINI   AAX memperoleh langganan penuh bagi cadangan RM1 bilion tawaran saham persendirian berharga pada RM1.65 sesaham | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini. 

Kontrak bulan semerta November 2024 meningkat 1.5 mata kepada 1,602.5, Disember 2024 dan Mac 2025, masing-masing naik 2.0 mata kepada 1,607.0 dan 1,598.0 serta Jun 2025 menambah 0.5 mata kepada 1,605.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 35,519 lot daripada 20,746 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 70,290 kontrak daripada 54,091 kontrak sebelum ini. 

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 5.70 mata kepada 1,603.15 daripada 1,597.45 pada Isnin.  

 -- BERNAMA