BERITA TERKINI   ACLE : JDT 1-0 VISSEL KOBE | Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Mufti Singapura | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi rendah setakat awal dagangan Rabu.

Pada jam 9.15 pagi, kontrak November 2024 dan Jun 2025 masing-masing turun 1.5 mata kepada 1,601.0 dan 1,604.0.

Kontrak Disember 2024 dan Mac 2025 pula berkurangan sebanyak 2.0 mata kepada 1,605.0 dan 1,596.0.

Jumlah dagangan sebanyak 9,802 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 51,290 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI naik 0.50 mata kepada 1,603.65 selepas 15 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA