BERITA TERKINI   Dua jemaah haji Malaysia yang dirawat di hospital di Madinah dan Mekah berada dalam keadaan stabil - TH | Sultan Selangor perkenan temasya SUKMA 2026 diteruskan secara berhemah - KBS | Krisis bekalan global: Malaysia perlu beralih kepada ekonomi produktiviti tinggi, perkukuh rantaian bekalan negara - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan komited pastikan Malaysia kekal sebagai negara dengan ekosistem perniagaan yang efisien, telus dan responsif - TPM Ahmad Zahid | Ekonomi negara masih kukuh walaupun berdepan ketidaktentuan global, gangguan rantaian bekalan - TPM Ahmad Zahid | 

Malaysia Sasar Tarik 1.5 Juta Pengunjung Ke Pavilion Malaysia Di Ekspo Dunia 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk menarik 1.5 juta pengunjung dan menjana RM13 bilion dalam perdagangan dan pelaburan melalui penyertaan Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia Osaka tahun depan. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata sasaran itu bukan sekadar misi kementerian tetapi juga misi nasional yang akan membawa manfaat besar kepada negara. 

"Dengan tahap pembinaan kini mencapai 73.91 peratus, Pavilion Malaysia direka untuk mempamerkan warisan karya negara, semangat inovasi, dan komitmen terhadap kelestarian, di bawah tema “Weaving a Future in Harmony”.

"Pavilion ini bakal menjadi simbol perpaduan antara tradisi dan teknologi serta salah satu tarikan utama di Ekspo ini," katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul dalam rangka lawatan ke lokasi ekspo berkenaan di Pulau Yumeshima, Kansai, Jepun selesai lawatan rasmi Perdana Menteri ke Seoul, Korea Selatan.

Dalam pada itu beliau berkata Pavilion Malaysia diyakini mampu memukau jutaan pengunjung dan memperkenalkan keunikan serta kehebatan negara di pentas global. 

Ekspo Dunia 2025 yang akan diadakan di Osaka, Jepun selama enam bulan bermula 13 April hingga 13 Oktober 2025.

-- BERNAMA