BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI tegas pastikan kepentingan semua kaum terjamin - PM Anwar | Kerjasama rakyat berbilang kaum di negara ini buahkan hasil, Malaysia berjaya catat kemajuan membanggakan - PM Anwar  | Sambutan Tahun Baharu Cina serlah perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar | Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di Kuantan pagi ini - Polis | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih rendah pada dagangan awal Jumaat.

Pada 9.22 pagi, November 2024 susut 4.5 mata kepada 1,590.5, Disember 2024 turun 5.5 mata kepada 1,592.0, Mac 2025 berkurangan 1.0 mata kepada 1,585.0 manakala Jun 2025 menguncup 3.0 mata kepada 1,590.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,170 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,207 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 7.38 mata kepada 1,590.11 selepas 22 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA