BERITA TERKINI   Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Tiga maut, tiga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.45 pagi, kontrak Disember 2024 naik 9.5 mata kepada 1,604.50, Januari 2025 meningkat 13.5 mata kepada 1,608.50, Mac 2025 menambah 8.5 mata kepada 1,594.00 dan Jun 2025 menokok 10 mata kepada 1,601.00.

Jumlah dagangan sebanyak 1,523 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,424 kontrak.

Pada 9.45 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 7.99 mata kepada 1,602.28 daripada 1,594.29 pada Jumaat lepas.  

-- BERNAMA