BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP Cecah RM10.78 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 Sept, 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pengeluaran itu melibatkan sebanyak 3.86 juta ahli atau 29.4 peratus daripada keseluruhan ahli di bawah 55 tahun, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP menangani keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

“Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli, terutama ketika kecemasan.

“Secara tidak langsung, pengeluaran melalui Akaun Fleksibel ini boleh meningkatkan aliran tunai dan membantu ahli ketika keadaan mendesak,” kata MOF.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai sejauh mana keberkesanan Akaun 3 dalam membantu pencarum yang berada dalam keadaan terdesak.

-- BERNAMA