BERITA TERKINI   Forest Research Institute Malaysia Forest Park Selangor (FRIM FPS) disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO - MOTAC | 

Unit Binastra Peroleh Kontrak Pembinaan RM327.74 Juta Daripada Exsim

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Binastra Corporation Bhd (Binastra) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Binastra Builders Sdn Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM327.74 juta daripada Exsim Bukit Jalil City Sdn Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Binastra menjelaskan kontrak itu adalah bagi pembangunan dua blok pangsapuri berperkhidmatan 58 tingkat di Mukim Petaling, Kuala Lumpur.

“Kontrak itu bermula pada 9 Dis, 2024 dan dijangka siap dalam tempoh 42 bulan daripada tarikh kontrak,” tambahnya.

Menurut Binastra, kontrak tersebut dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan untuk pihaknya bagi tempoh lima tahun kewangan akan datang.

-- BERNAMA