BERITA TERKINI   Kerajaan akan tambah baik Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) melalui beberapa pelarasan - KSN | JPA akan laksana kajian cadangan naik had umur persaraan wajib kepada 65 tahun - KSN | Kerajaan kaji kemungkinan perkasakan syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi wujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia - Liew | Gangguan Aerotrain di KLIA bukan berpunca daripada kerosakan mekanikal, sebaliknya isu teknikal - Loke | Projek perumahan berskala besar perlu patuh konsep MADANI, lengkap dengan infrastruktur pendidikan - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak bulan semerta Disember 2024 meningkat 7.0 mata kepada 1,608.0, Januari 2025 berkembang 6.0 mata kepada 1,611.5, Mac 2025 naik 7.5 mata kepada 1,597.0 dan Jun 2025 melonjak 8.0 mata kepada 1,603.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 7,081 lot daripada 7,303 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 39,877 kontrak daripada 34,006 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 11.48 mata kepada 1,606.96 daripada paras penutup 1,595.48 pada Isnin.

 -- BERNAMA