BERITA TERKINI   Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya, Selangor pagi tadi telah pulih sepenuhnya - TNB | Untung bersih MISC Bhd suku kedua tahun kewangan 2025 susut 14.1 peratus tahun ke tahun kepada RM464.4 juta susulan hasil lebih rendah sebanyak RM2.72 bilion | Harga jualan purata lebih rendah beri kesan kepada hasil Petronas Dagangan Bhd, yang susut kepada RM9.07 bilion suku kedua 2025 daripada RM9.84 bilion suku kedua 2024 | Untung bersih Petronas Dagangan susut kepada RM265.53 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2025 daripada RM276.39 juta tahun sebelumnya berikutan untung kasar lebih rendah, diimbangi  perbelanjaan rendah | Hutang keseluruhan bertambah kerana beban faedah hutang lama yang diwarisi, bukan kerana pinjaman baharu, rekod jelas menunjukkan hutang baharu berkurang - PM Anwar | 

KWSP Jadi Pemegang Unit Penting Dalam KIP REIT Selepas Pegang Enam Peratus Kepentingan

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru ini.

Melalui pegangan saham semasanya melebihi enam peratus, kedudukan KWSP sebagai pemegang unit yang besar mengukuhkan lagi keyakinannya terhadap hala tuju strategik dan potensi pertumbuhan KIP REIT.

“Penempatan persendirian itu melibatkan pengeluaran sehingga 180.0 juta unit penempatan pada 82.5 sen seunit, meningkatkan hasil kasar sehingga RM146.70 juta.

“Dana itu akan digunakan untuk sebahagiannya membiayai pemerolehan RM320 juta Pusat Beli-belah D’Pulze di Cyberjaya dan menampung perbelanjaan berkaitan,” kata KIP REIT dalam satu kenyataan.

Dengan KWSP antara pemegang unit utama, KIP REIT berada pada kedudukan lebih baik untuk memajukan strategi pertumbuhannya, meningkatkan portfolionya dan mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang unitnya.

Pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024, pendapatan hartanah bersih KIP REIT meningkat sebanyak 25.2 peratus kepada RM77.8 juta, didorong oleh portfolio hartanah runcit dan perindustrian dipelbagaikan secara strategik di seluruh Malaysia.

Pembelian terbaharu seperti TF Value-Mart di Gerik dan Pusat Beli-belah D’Pulze, mengesahkan komitmen kumpulan untuk mengembangkan jejaknya di lokasi pertumbuhan tinggi dan memberikan pulangan konsisten.

Ketua Pegawai Eksekutif KIP REIT Valerie Ong Pui Shan berkata sokongan KWSP mengukuhkan kedudukan kumpulan sebagai platform pelaburan dipercayai dan menyemarakkan komitmennya untuk mencapai pertumbuhan mampan dan memberikan nilai luar biasa kepada semua pihak berkepentingan.

-- BERNAMA