BERITA TERKINI   PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Mendatar Dan Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup mendatar dan rendah hari ini berikutan prestasi kadar asas pasaran tunai yang negatif.

Kontrak semerta Disember 2024 dan Januari 2025, masing-masing tidak berubah pada 1,614.0 dan 1,619.0 manakala kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 menyusut 1.0 mata kepada 1,602.0 dan 1,608.5.

Jumlah dagangan menurun kepada 3,952 lot daripada 4,583 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 36,545 kontrak daripada 36,998 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 2.39 mata kepada 1,613.25 daripada 1,615.64 ketika ditutup pada Khamis.

 -- BERNAMA