BERITA TERKINI   Umat ​​Islam di Thailand menyambut Aidilfitri pada Sabtu - Sheikhul Islam | Umat ​​Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac) - Mufti Singapura | Umat ​​Islam di Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Menteri Hal Ehwal Agama | Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | PM Anwar sifatkan usaha damai NGO Islam dan Hindu cerminan kematangan rakyat, tolak perpecahan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Catat Kenaikan Awal Berikutan Indeks Petunjuk Pasaran Meningkat

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.20 pagi, kontrak Disember 2024 dan Januari 2025, masing-masing tidak berubah pada 1,589.50 dan 1,595.00. Mac 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,580.50 dan Jun 2025 menambah 4.5 mata kepada 1,590.00.  

Jumlah dagangan sebanyak 860 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,947 kontrak.  

Setakat 9.38 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 7.84 mata kepada 1,599.25 daripada 1,591.41 pada Jumaat lepas.  

-- BERNAMA