BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

CEO Bakal Berundur, Bursa Malaysia Akui Mulakan Pelan Penggantian

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd pada Isnin mengesahkan telah memulakan pelan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Muhammad Umar Swift yang dilaporkan media berhasrat melepaskan jawatan itu.

Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata “telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat.”

“Atas alasan itu, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia menerusi jawatankuasa pencalonan dan saraan, sedang dalam proses memulakan penggantian CEO,” katanya.

Laporan media menyatakan jawatan Muhammad Umar berkemungkinan diambil alih oleh Datuk Fad’l Mohamed yang pada masa ini merupakan pengarah urusan perbankan borong kumpulan RHB Bank Bhd.

-- BERNAMA