BERITA TERKINI   Polis buka kertas siasatan susulan laporan palsu kemangkatan Sultan Kelantan - Ketua Polis Kelantan | Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tular - Fahmi | Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai dijangka dinaikkan esok atau lusa dengan bantuan TLDM dan APMM - Komander PGU  | Kemalangan helikopter: Lima mangsa termasuk dua di ICU Hospital Sultanah Aminah stabil - Komander PGU | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.  

Pada 9.30 pagi, kontrak Disember 2024 naik 2.5 mata kepada 1,592.50, Januari 2025 menambah 2.0 mata kepada 1,596.50, Mac 2025 melonjak 4.0 mata kepada 1,582.00 dan Jun 2025 menokok 1.5 mata kepada 1,587.00.

Jumlah dagangan sebanyak 3,715 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,990 kontrak.  

Setakat 9.49 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 4.38 mata kepada 1,600.58 daripada 1,596.20 ketika ditutup pada Isnin.  

-- BERNAMA