BERITA TERKINI   MAA optimis jualan EV akan meningkat pada separuh kedua 2025, didorong oleh pelancaran model baharu terutamanya pada suku keempat | Indeks Keselamatan Sempadan Negara diluncur hari ini, mekanisme ukuran tahunan tahap keselamatan sempadan negara - Saifuddin Nasution | Kejayaan tumpaskan Gerakan Militan Radikal Bangladesh bukti tahap risikan PDRM di tahap terbaik -- Saifuddin Nasution | PDRM kini terajui operasi NSRC berkuat kuasa serta merta, perkukuh tindak balas penipuan kewangan dalam talian -- Saifuddin Nasution | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2024 meningkat 6.5 mata kepada 1,596.5, Januari 2025 dan Mac 2025, masing-masing menokok 7.0 mata kepada 1,601.5 dan 1,585.0 manakala Jun 2025 menambah 5.0 mata kepada 1,590.5.

Jumlah dagangan naik kepada 14,024 lot daripada 11,341 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 53,432 kontrak daripada 48,085 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 6.79 mata atau 0.43 peratus kepada 1,602.99 daripada 1,596.20 pada Isnin.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup esok, 25 Dis bersempena sambutan Krismas. 

-- BERNAMA