BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas ditutup rendah pada Selasa susulan kekurangan minat dalam pasaran menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

Kontrak semerta Disember 2024 merosot kepada US$2,618.10 setiap auns troy daripada US$2,630.60 pada Isnin, manakala Januari 2025 menurun kepada US$2,631.20 daripada US$2,643.70 setiap auns troy.

Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 ditutup rendah kepada US$2,641.40 setiap auns troy daripada US$2,653.90 pada Isnin.

Jumlah dagangan sifar berbanding empat lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 16 kontrak daripada 23 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 23 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,613.80 setiap auns troy.

-- BERNAMA