BERITA TERKINI   Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tular - Fahmi | Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai dijangka dinaikkan esok atau lusa dengan bantuan TLDM dan APMM - Komander PGU  | Kemalangan helikopter: Lima mangsa termasuk dua di ICU Hospital Sultanah Aminah stabil - Komander PGU | KPT pantau aktiviti berkaitan militan IS dalam kalangan pelajar IPT - Zambry | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.22 pagi, kontrak Disember 2024 meningkat 5.5 mata kepada 1,602.0, Januari 2025 menambah 4.5 mata kepada 1,606.0, Mac 2025 naik 3.5 mata kepada 1,588.5 dan Jun 2025 menokok 3.0 mata kepada 1,593.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,465 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 44,966 kontrak.

Setakat 9.39 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 5.17 mata kepada 1,608.16 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti sambutan Krismas.

-- BERNAMA