BERITA TERKINI   Unit ITMAX System memperoleh Perubahan Kerja (VO) bernilai RM603.5 juta daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi meningkatkan keupayaan bandar pintar generasi baharu | Harga runcit RON95 & RON97 turun 25 sen, diesel Semenanjung turun 75 sen bagi 16-22 April - MOF | Unit Tuju Setia peroleh kontrak kerja-kerja pembinaan daripada Sime Darby Property bernilai RM359.3 juta | 80 warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan terbabit penipuan dalam talian pada 7 April | Lawatan kerja Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah ke premis KL-Kepong Oleomas di Selangor Sabtu ini tinjau proses pengadunan biodiesel - Fahmi Fadzil | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang positif sebelum cuti Krismas, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.59 mata kepada 1,603.58.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti sambutan Krismas.

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 140 berbanding 102 manakala 283 kaunter kekal tidak berubah, 1,897 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 190.31 juta unit bernilai RM54.75 juta.  

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata ekuiti Amerika Syarikat (AS) berjaya mencatatkan kenaikan berikutan ketiga-tiga indeks utama ditutup positif menjelang cuti Krismas.

Dalam negara, katanya FBM KLCI memerlukan suntikan kecairan dalam jumlah yang besar walaupun terdapat petunjuk aktiviti belian saham pada harga rendah.

“Diharapkan, momentum belian akan meningkat dan mendorong indeks kepada paras lebih tinggi menjelang 2025.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan berada dalam julat 1,600-1,610 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot dua sen kepada RM10.06 dan Public Bank berkurangan empat sen kepada RM4.51.

Bagaimanapun, CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing menambah satu sen kepada RM7.98 dan RM7.09 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.08.

Bagi saham aktif, Zen Tech meningkat setengah sen kepada satu sen, Winstar Capital menambah satu sen kepada 65 sen dan PUC mendatar pada 4.5 sen. Aimflex merosot setengah sen kepada 14.5 sen dan Life Water susut dua sen kepada 91 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 10 mata kepada 12,292.88, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 24.44 mata kepada 12,262.10 dan Indeks FBMT 100 menambah 9.26 mata kepada 11,978.61.

Indeks FBM 70 naik 29.07 mata kepada 18,404.34, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 0.55 mata kepada 5,281.01

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 39.62 mata kepada 18,844.11, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.95 mata kepada 171.33, Indeks Tenaga merosot 0.94 mata kepada 814.12 dan Indeks Perladangan meningkat 6.21 mata kepada 7,514.89.  

-- BERNAMA