BERITA TERKINI   RUU Perolehan Kerajaan tidak sama sekali menambah kuasa, sebaliknya mengehadkan kuasa Menteri Kewangan dengan memperkenalkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh - Amir Hamzah | 98.8 peratus daripada sasaran 500,000 pembinaan rumah mampu milik dicapai dalam RMK12 - PM Anwar | RUU Pembaharuan Semula Bandar perlu dilaksanakan bagi bina kediaman lebih selesa untuk rakyat - PM Anwar | Kerajaan beri tumpuan kepada projek keutamaan seperti NSS dan JS-SEZ tanpa meminggirkan pembangunan di negeri lain dalam Kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 - PM Anwar | Kerajaan pastikan agihan adil kepada negeri untuk pembangunan dan kesalinghubungan digital - PM Anwar | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini walaupun kekuatan mata wang Amerika Syarikat (AS) didorong oleh jangkaan mengenai dasar perdagangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar US daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.

Dalam menjangkakan keadaan sebelum dagangan, peniaga menjangkakan ringgit akan diniagakan dalam jajajaran kecil hari ini disebabkan pasaran pertukaran asing global kekal lemah berikutan musim cuti ketika ini dan ketiadaan data makroekonomi yang ketara.

Aktiviti pasaran mungkin akan kekal lengang sebelum cuti Tahun Baru minggu depan.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata mata wang tempatan dibuka lebih kukuh, seiring dengan Indeks Dolar Asia susulan data tuntutan pengangguran awal AS dikeluarkan malam tadi.

"Data itu menunjukkan penurunan berterusan, Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin akan menurunkan kadar faedah pada 2025, seterusnya akan melemahkan dolar US," katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8310/8345 daripada 2.8373/8405 ketika ditutup pada Khamis dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5956/6019 daripada 5.5967/6023, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.6550/6602 daripada 4.6448/6495.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2868/2908 daripada 3.2875/2913 sebelum ini tetapi merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0779/1052 daripada 13.0340/0543, kekal tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 275.8/276.3 dan peso Filipina pada 7.70/7.71.

-- BERNAMA