BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.16 pagi, kontrak Disember 2024 meningkat 9.5 mata kepada 1,614.5, Januari 2025 menambah 10.5 mata kepada 1,618.5, Mac 2025 naik 9.0 mata kepada 1,601.5 dan Jun 2025 menokok 8.0 mata kepada 1,606.0.

Jumlah dagangan sebanyak 7,209 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 50,613 kontrak.

Setakat 9.34 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI menokok 12.26 mata kepada 1,625.71 daripada 1,613.70 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA