BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM28.00 bilion daripada RM27.50 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dana Islam menokok kepada RM22.20 bilion daripada RM17.08 bilion.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik, tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.

Pada 4 petang, BNM mengumumkan tender pasaran wang konvensional RM28.00 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM22.20 bilion, masing-masing dengan tempoh matang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 26 Dis.

-- BERNAMA