BERITA TERKINI   PRN Johor: Senarai calon BN kini di peringkat akhir - Ahmad Zahid | PRN Johor : BN utamakan tawaran terbaik buat rakyat, bukan serangan politik - Ahmad zahid | Koperasi Profesional Putrajaya Berhad catat prestasi baik, rekod tatakelola teratur - PM Anwar | Jangan ada unsur pengkhianatan dalam sebarang kerjasama politik di negara ini - PM Anwar | Aspek tatakelola penting dalam pembangunan, kegiatan koperasi di negara ini - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan sentimen positif di tengah-tengah aktiviti memperelokkan akaun pada akhir tahun.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aktiviti memperelokkan akaun dijangka berterusan hingga akhir tahun, dengan FBM KLCI berkemungkinan berada dalam julat 1,625 hingga 1,645.

“Prospek jangka pendek hingga sederhana kekal positif dengan potensi untuk kenaikan selanjutnya jika indeks utama mencecah melebihi 1,635,” katanya kepada Bernama.

Pada minggu dagangan yang baru berakhir, kontrak Disember 2024 meningkat 35.0 mata kepada  1,624.5, Januari 2025 menokok 31.0 mata kepada 1,626.0, Mac 2025 naik 30.5 mata kepada 1,610.5 dan Jun 2025 menambah 32.0 mata kepada 1,617.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 129,684 lot daripada 31,878 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 113,387 kontrak daripada 44,108 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI naik 36.73 mata kepada 1,628.12 daripada 1,591.41 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA