BERITA TERKINI   AEMM: Malaysia bantah tindakan pihak gunakan perdagangan sebagai senjata menekan negara tertentu terutama negara kecil - Mohamad | AEMM: ASEAN, EU gesa pihak terlibat konflik global segera kembali ke meja rundingan bagi tamatkan peperangan - Mohamad | Nestle (M) Bhd catat untung bersih lebih tinggi sebanyak RM205.1 juta pada suku pertama 2026 | Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak jejas hubungan, pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan - Fahmi | Syarikat teknologi asing wajib sediakan latihan kepada bakat tempatan - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2024 dan Jun 2025 meningkat 11.5 mata masing-masing kepada 1,636.0 dan 1,629.0, manakala Januari 2025 naik 13.0 mata kepada 1,639.0 dan Mac 2025 melonjak 13.5 mata kepada 1,624.0. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 16,639 lot daripada 71,659 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 64,808 kontrak daripada 113,387 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 9.54 mata atau 0.59 peratus kepada 1,637.68 daripada 1,628.14 sebelumnya.

-- BERNAMA