BERITA TERKINI   Chatbot AIFA yang dilancar 28 Jan lepas, terima purata 5,330 soalan sehari untuk semak kesahihan berita - Fahmi | Persatuan seni silat dipelawa jalin kerjasama dengan MCMC, bantu tangani berita palsu di media sosial - Fahmi | Kes tembakan di Setia Alam: Jangan mudah percaya dakwaan di media sosial, rujuk saluran berita rasmi dan polis- Fahmi | Suspek lepaskan tembakan ke arah pekerja pembersihan selepas ditegur supaya alihkan barang- Pengarah JSJ | Insiden tembakan di Setia Alam: Risikan awal dapati suspek berada di bawah pengaruh dadah - Pengarah JSJ | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan rendah semasa awal urus niaga hari ini.

Pada pukul 9.35 pagi, Januari 2025 turun 2.5 mata kepada 1,639.5, Februari 2025 meningkat 4.0 mata kepada 1,646.0, Mac 2025 jatuh 4.0 mata kepada 1,623.0 dan Jun 2025 merosot 3.5 mata kepada 1,629.0.

Jumlah dagangan pada 858 lot, manakala kepentingan terbuka pada 36,723 kontrak.

FBM KLCI yang menjadi penanda aras turun 8.21 mata kepada 1,634.12 selepas 35 minit dagangan, daripada 1,642.33 ketika ditutup pada Selasa.

Pasaran ditutup bersempena cuti Tahun Baharu pada Rabu.

-- BERNAMA