BERITA TERKINI   MAA optimis jualan EV akan meningkat pada separuh kedua 2025, didorong oleh pelancaran model baharu terutamanya pada suku keempat | Indeks Keselamatan Sempadan Negara diluncur hari ini, mekanisme ukuran tahunan tahap keselamatan sempadan negara - Saifuddin Nasution | Kejayaan tumpaskan Gerakan Militan Radikal Bangladesh bukti tahap risikan PDRM di tahap terbaik -- Saifuddin Nasution | PDRM kini terajui operasi NSRC berkuat kuasa serta merta, perkukuh tindak balas penipuan kewangan dalam talian -- Saifuddin Nasution | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada hari urusniaga pertama tahun ini.

 Kontrak bulan semerta Disember 2024 naik kepada US$2,623.60 setiap auns troy daripada US$2,610.90 pada Selasa, dan Januari 2025 menokok kepada US$2,633.70 daripada US$2,623.60 pada Selasa.

Sementara itu, kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 semuanya tidak berubah pada US$2,633.70 setiap auns troy.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti Tahun Baharu.

Jumlah dagangan naik kepada satu lot berbanding tiada urusniaga sebelum itu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 17 kontrak daripada 16 kontrak sebelumnya.

-- BERNAMA