BERITA TERKINI   Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 dijangka dibentang di Parlimen untuk bacaan kali pertama 14 Ogos ini - TPM Ahmad Zahid | PM Anwar beri jaminan kerajaan akan terus pantau, sokong MOM, badan sukan selagi utamakan tadbir urus baik | Tiada toleransi terhadap sebarang isu hooliganisme dan keganasan dalam sukan – PM Anwar | PM Anwar mahu ‘Olympic House’, ibu pejabat Majlis Olimpik Malaysia baharu, siap lebih awal daripada dijadualkan pada 2028 | Amerika Syarikat akan memantau secara dekat bagi memastikan Kemboja dan Thailand terus komited, dan bersedia menyokong usaha ASEAN - Duta Besar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Januari 2025 turun 4.0 mata kepada 1,638.0, kontrak bulan semerta baharu Februari 2025 berada pada 1,641.5, Mac 2025 susut 3.0 mata kepada 1,624.0 dan Jun 2025 jatuh 3.5 mata kepada 1,629.0. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 8,280 lot daripada 10,744 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka turun kepada 43,615 kontrak daripada 47,278 kontrak.  

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.46 mata atau 0.58 peratus kepada 1,632.87 berbanding paras 1,642.33 pada Selasa.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti sambutan Tahun Baharu. 

-- BERNAMA