BERITA TERKINI   Cabaran dalam industri media hari ini memerlukan respons bersama melalui dialog, perkongsian dan komitmen kolektif - KPE Bernama | Kewartawanan terus memainkan peranan penting menyampaikan maklumat, menjelaskan isu dan memastikan institusi bertanggungjawab di tengah-tengah perubahan landskap media - KPE Bernama | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah ketika awal dagangan pada Jumaat.

Pada pukul 9.37 pagi, Januari 2025 susut 2.5 mata kepada 1,635.50; Februari 2025 turun 5.5 mata kepada 1,636.0; Mac 2025 merosot 6.0 mata kepada 1,618.0; dan Jun 2025 kurang 4.5 mata kepada 1,624.5.

Jumlah dagangan mencecah 1,382 lot manakala kepentingan terbuka pada 38,914 kontrak.

Selepas 37 minit dagangan, indeks penanda aras, FBM KLCI, menambah 0.80 mata kepada 1,633.67 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA