BERITA TERKINI   Polis buka kertas siasatan susulan laporan palsu kemangkatan Sultan Kelantan - Ketua Polis Kelantan | Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tular - Fahmi | Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai dijangka dinaikkan esok atau lusa dengan bantuan TLDM dan APMM - Komander PGU  | Kemalangan helikopter: Lima mangsa termasuk dua di ICU Hospital Sultanah Aminah stabil - Komander PGU | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan permintaan yang agak lemah selepas para peniaga kekal di luar pasaran menjelang data ekonomi Amerika Syarikat yang penting minggu ini, termasuk laporan senarai gaji bukan pertanian (NFP) pada Jumaat. 

Kontrak bulan semerta Januari 2025 jatuh kepada US$2,644.40 setiap auns troy daripada US$2,667.80 yang disaksikan semasa Jumaat dan Februari 2025 merosot kepada US$2,655.50 berbanding US$2,678.90.

Mac 2025, April 2025 serta Jun 2025 meningkat pada US$2,664.30 setiap auns troy auns daripada US$2,687.30 sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot  berbanding 29 lot yang dicatatkan pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 30 kontrak daripada 44 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 3 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,646.80 setiap auns troy.

-- BERNAMA