BERITA TERKINI   Kerajaan tegas dan tidak akan bertolak ansur dalam hadapi isu rasuah, tidak kira kawan atau lawan - PM Anwar | Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan terus ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memberi kesan kepada harga ketika para pedagang memantau keadaan cuaca yang bertambah baik di negara-negara pengeluar utama.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya terhad berikutan peningkatan sentimen susulan harapan kemungkinan tarif dagangan yang kurang ketat dari AS, ditambah oleh langkah rangsangan China ketika kedua-dua pemimpin China dan AS memulakan rundingan,” katanya kepada Bernama.

Hari ini minyak mentah Brent menyusut 0.37 peratus kepada US$76.02 setong, manakala ringgit diniagakan pada 4.4905/4955 berbanding dolar AS daripada 4.5090/5135 pada Isnin.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun 14.5 sen kepada 842.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 3.5 sen kepada 685.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA