BERITA TERKINI   Pemain industri digesa perkasa bidang pertanian menerusi TVET - Ahmad Zahid | 38,804 PMKS seluruh negara didigitalkan melalui Geran Digital PMKS MADANI 2024 - Teo | Bayi lelaki satu tahun 11 bulan di Terengganu meninggal dunia semalam, disyaki didera ayah kandung dan ibu tiri - Polis | Tular mengenai penunggang motosikal dikenakan tol mulai Oktober depan tidak benar - LLM | Tiada perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini - LLM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan peningkatan di pasaran tunai asas.

Pada penutup dagangan kontrak Januari 2025 menaik 6.5 mata kepada 1,630.0, Februari 2025 meningkat tujuh mata kepada 1,634.50, Mac 2025 menokok enam mata kepada 1,617.50, dan Jun 2025 menambah empat mata kepada 1,622.50.   

Jumlah dagangan melonjak kepada 4,407 lot daripada 138 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 40,573 kontrak daripada 37,362 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.32 mata atau 0.26 peratus kepada 1,629.79 daripada 1,625.47 ketika ditutup pada Isnin.  

-- BERNAMA