BERITA TERKINI   KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

Para pedagang juga mengambil pendekatan berhati-hati berhubung dasar tarif Presiden AS yang baru dipilih Donald Trump dan menunggu data pekerjaan AS bagi menilai hala tuju kadar faedah Rizab Persekutuan.

Kontrak semerta Januari 2025 meningkat kepada US$2,655.10 setiap auns troy berbanding US$2,644.40 pada Isnin dan Februari 2025 menambah kepada US$2,666.20 berbanding US$2,655.50 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 ditutup lebih tinggi kepada US$2,675.0 setiap auns troy daripada US$2,664.30 sebelumnya.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 25 lot daripada tujuh lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 14 kontrak daripada 30 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,633.35 setiap auns troy.

-- BERNAMA