BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad HasanĀ  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Susulan Trend Serantau, Kestabilan Harga Minyak

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran terus dipacu oleh jangkaan langkah rangsangan tambahan dari China untuk mengurangkan impak pengenalan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), katanya kepada Bernama.

“Namun, kenaikan selanjutnya telah dihadkan oleh data ekonomi China yang lemah, peningkatan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan AS-China di tengah-tengah lonjakan keyakinan bahawa AS akan mengurangkan kadar faedah pada kadar yang lebih perlahan pada 2025,” kata peniaga itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa niaga hadapan getah Jepun memuncak lebih tinggi hari ini, disokong oleh yen yang mencecah paras terendah.

Namun, data penggunaan yang agak lembap dari China, pengguna terbesar dunia, mengehadkan kenaikan harga.

Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan SMR 20 menokok 11.5 sen kepada 860 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut sebanyak 2.5 sen kepada 678 sen sekilogram.

-- BERNAMA