BERITA TERKINI   Pemain industri digesa perkasa bidang pertanian menerusi TVET - Ahmad Zahid | 38,804 PMKS seluruh negara didigitalkan melalui Geran Digital PMKS MADANI 2024 - Teo | Bayi lelaki satu tahun 11 bulan di Terengganu meninggal dunia semalam, disyaki didera ayah kandung dan ibu tiri - Polis | Tular mengenai penunggang motosikal dikenakan tol mulai Oktober depan tidak benar - LLM | Tiada perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini - LLM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 menyusut 17.5 mata kepada 1,581.5, Februari 2025 dan Mac 2025 merosot 15.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,584.5 dan 1,567.0, manakala Jun 2025 turun 13.5 mata kepada 1,574.5.   

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,789 lot daripada 6,354 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 42,946 kontrak daripada 42,928 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 16.82 mata atau 1.05 peratus kepada 1,585.59, berbanding 1,602.41 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA