BERITA TERKINI   ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan | ASEAN gesa semua pihak urus situasi di Laut China Selatan secara berhemah, hati-hati - Mohamad Hasan | Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov tiba di Malaysia untuk mesyuarat ASEAN peringkat tinggi | 

MNRB Lantik Wan Ahmad Najib Sebagai Presiden, CEO Takaful Ikhlas Family

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd melantik Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu anak syarikat takaful keluarganya,  Takaful Ikhlas Family Bhd berkuat kuasa 14 Jan, 2025.

Wan Ahmad Najib menggantikan Muhammad Fikri Mohamad Rawi yang menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden dan CEO Takaful Ikhlas Family.

Mengulas pelantikan itu, Pengerusi MNRB Datuk Johar Che Mat berkata lembaga pengarah yakin dengan kepakaran, visi dan kepimpinan yang dimiliki Wan Ahmad Najib, secara unik meletakkan beliau untuk mengemudi Takaful Ikhlas Family ke fasa pertumbuhan yang seterusnya.

"Dengan Wan Ahmad Najib sebagai peneraju, kami optimis akan keupayaan kami untuk terus menyampaikan nilai kepada pemegang kepentingan dan pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Najib membawa bersamanya pengalaman lebih 20 tahun dalam industri takaful dan kewangan Islam.

Sebelum menyertai Takaful Ikhlas Family, Wan Ahmad Najib berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pengedaran FWD Takaful Bhd.

-- BERNAMA